9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan mewujudkan Perikatan Impak MSPO menjelang suku ketiga tahun ini, satu platform pelbagai pihak berkepentingan baharu yang direka untuk meneroka dan menguji model inovatif yang meluaskan nilai pensijilan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Firma analisis dan kecerdasan buatan (AI) global, SAS Institute Inc berhasrat untuk mengadaptasi strategi pengurusan risiko dan pematuhan yang berjaya dari pasaran serantau lain bagi merangsang pertumbuhan industri perbankan dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 9 April 2025.
9bulan ago
GEORGE TOWN, 15 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion dan mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan pada 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan digital terkemuka Malaysia, MY E.G. Services Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Guangxi Beitou IT Innovation Technology Investment Group Co., Ltd untuk bersama-sama menubuhkan Pusat Inovasi dan Kerjasama Kecerdasan Buatan (AI) Malaysia-China.
9bulan ago
GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk memantau tarif sebagai sebahagian daripada tindak balas strategiknya terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
9bulan ago
Oleh Siti Baaqiah Mamat
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) dan kemungkinan tindakan balas boleh mengakibatkan peningkatan ketidaktentuan dalam aliran modal dan kadar pertukaran, menurut kenyataan bersama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh usaha kerjasama dalam keselamatan siber dan perlindungan penipuan digital.
9bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Di saat landskap ekonomi global berubah secara mendadak, ASEAN berada di persimpangan kritikal dan bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berlangsung hari ini amat penting dalam usaha mendapatkan sokongan kalangan menteri untuk konsensus serantau bagi menghadapi tarif Amerika Syarikat (AS) yang membebankan.