6bulan ago
GEORGE TOWN, 20 Jan (Bernama) -- Fajarbaru Builder Group Bhd (FBG) menjangkakan projek fasa satu Medi-City di Batu Kawan, Pulau Pinang, yang akan datang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport dan import kembali meningkat kepada paras tertinggi baharu pada 2024, dengan perdagangan berjumlah RM2.88 trillion, naik 9.2 peratus tahun ke tahun, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) telah mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
6bulan ago
Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland), 20 Jan (Bernama) -- Sejajar dengan peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengetengahkan suara kolektif negara anggota blok itu di pentas dunia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Beberapa trend dalam sektor teknologi dan tenaga boleh baharu dijangka mentakrifkan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia pada 2025, kata Moomoo Securities Malaysia Sdn Bhd (Moomoo Malaysia).
6bulan ago
CYBERJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanan dalam dekad akan datang menerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.
6bulan ago
Daripada D.Arul Rajoo
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Tinjauan ekonomi Malaysia pada 2024 dan seterusnya semakin positif apabila negara menjadi lambang pertumbuhan dan daya tahan di Asia Tenggara, diperkukuhkan lagi dengan Kepengerusian ASEAN pada 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Keputusan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli KWSP.
6bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi, utiliti dan perladangan yang terpilih susulan prestasi bercampur di bursa serantau.
6bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM105.2 juta dengan Solar Voltech Sdn Bhd, anak syarikat PDC Premier Holdings Sdn Bhd bagi membiayai projek penjanaan solar.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, Jan 14 (Bernama) – Palo Alto Networks, peneraju global dalam keselamatan siber, telah mengeluarkan Jangkaan Keselamatan Siber APAC untuk 2025, menawarkan tinjauan kritikal mengenai ancaman siber yang akan datang dan strategi bagi menanganinya.