Terdapat 1717 berita berdasarkan kata kunci carian " operasi"

Cheeding Sasar Raih RM51.5 Juta Daripada IPO

PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.

Petronas Hantar Bahan Api Penerbangan Mampan Pertama Buatan Malaysia Ke KLIA

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menghantar bahan api penerbangan mampan (SAF) pertama buatan Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk Malaysia Aviation Group (MAG), menandakan keupayaan buatan tempatan dan kesediaannya untuk menyediakan bekalan berterusan dan berskala di negara ini.

Petronas Jadikan Gas Sebagai Teras Dalam Peralihan Tenaga Asia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempertingkat transformasinya di bawah inisiatif Petronas 2.0, membentuk semula syarikat untuk mendepani dekad akan datang dan seterusnya. 

Malaysia Pamer Kekuatan Pembuatan, MRO Kereta Api Di ARCEOs 2025

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Keupayaan Malaysia dalam pembuatan dan penyelenggaraan kereta api menjadi tumpuan utama pada Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs) 2025, apabila delegasi melawat SMH Rail Sdn Bhd di Klang dan M Rail Technics Sdn Bhd (Railtec) di Seremban.

Kecekapan Berbahasa Inggeris Pacu Daya Saing Global Malaysia - AMCHAM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Pengukuhan kemahiran bahasa Inggeris terutama bagi tenaga kerja baharu adalah penting untuk membuka peluang, memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing jangka panjang Malaysia dalam rantaian bekalan global, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Malaysia Seru ASEAN Perkukuh Sokongan Kepada Perniagaan Inklusif - TPM Zahid

PETALING JAYA, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia telah mencadangkan penubuhan rangka kerja yang diperlukan di peringkat ASEAN bagi menggalakkan perniagaan inklusif (IB), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

EPMSSB, Velesto Meterai MSA Bagi Penyediaan Sokongan Marin Di Pelabuhan Kemaman

KUALA TERENGGANU, 11 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Epic Bhd, Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMSSB) menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Induk (MSA) bersama Velesto Energy Bhd (Velesto) melalui anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd.

Malaysia, New Zealand Meterai MRA Mudahkan Prosedur Kastam Bagi Pengeksport

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dan New Zealand hari ini memeterai Pengaturan Pengiktirafan Bersama (MRA) yang membolehkan kedua-dua negara saling mengiktiraf program pengendali ekonomi yang diiktiraf (AEO).

IPO Express Powerr Terlebih Langgan 13.55 Kali

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Penyedia khidmat penyewaan penjana, Express Powerr Solutions (M) Bhd (Express Powerr), mencatatkan lebihan langganan sebanyak 13.55 kali untuk tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 September, 2025.

Robert Walters: Malaysia Bakal Raih Pelaburan RM169.2 Bilion Dalam AI, Pusat Data Pada 2030

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperoleh pelaburan melebihi RM169.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjelang 2030, menurut penyelidikan baharu daripada rakan penyelesaian bakat global, Robert Walters.

AmBank Terus Sokong Kerjasama Bank, Pelabur China Untuk Bawa FDI Ke Malaysia -- Azman Hashim

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kumpulan AmBank akan terus memperkukuh kerjasama strategiknya dengan bank-bank serta entiti terkemuka dari China bagi menyokong kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Kerjasama Strategik TM, Scicom Sedia Pengalaman Pelanggan Diperkasa AI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Scicom (MSC) Bhd telah menjalin kerjasama strategik untuk memperkukuh pengalaman pelanggan menerusi inovasi berteraskan kecerdasan buatan (AI) dan kecemerlangan operasi.