Terdapat 986 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek "

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini walaupun indeks dolar AS (DXY) dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih lemah selepas penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat oleh Moody’s Ratings baru-baru ini.

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.

Untung Bersih Johor Plantations Naik Kepada RM75.93 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM75.93 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM49.97 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

TIV Sektor Automotif Malaysia Susut 16.8 Peratus Pada April Kepada 60,527 Unit - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah volum industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 16.8 peratus kepada 60,527 unit pada April berbanding Mac, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Trend Meningkat Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan disebabkan ringgit diniagakan rendah berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

Ketahanan Ekonomi Kukuhkan Keyakinan Pelabur AS Di Malaysia -- AMCHAM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.4 peratus bagi suku pertama 2025 merupakan petunjuk positif terhadap ketahanan ekonomi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Keakraban Anwar-Putin Langkah Strategik Harungi Landskap Polarisasi Geopolitik Dunia

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sambutan mesra yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Presiden Vladimir Putin semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia jelas menunjukkan komitmen tinggi antara kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara. 

KDNK Suku Pertama Menggalakkan, Prospek 2025 Kekal Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2025 yang memberangsangkan sekali gus mengatasi prestasi beberapa negara rakan serantau.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. 

BNM Pastikan Dasar Monetari Kekal Kondusif Bagi Pertumbuhan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR), tetapi bank pusat itu akan memastikan dasar monetarinya kekal kondusif bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga, kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Asas Eksport Malaysia Mampu Depani Impak Tarif AS - BNM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan asas eksport negara yang pelbagai dan permintaan berterusan dalam sektor utama mampu mendepani sebarang kesan berpotensi timbul susulan tarif Amerika Syarikat (AS), kesan terhadap semikonduktor adalah minimum.

Inflasi Keseluruhan Kekal Sederhana Bawah 3.0 Peratus Pada 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka kekal sederhana di bawah paras tiga peratus pada 2025, memandangkan keadaan kos global yang terus menyusut serta ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.