Terdapat 1541 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen"

Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Ucapan Jerome Powell Di Jackson Hole

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan sekumpulan mata wang utama pada Jumaat kerana pelabur menunggu petunjuk dasar daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole lewat hari ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara Serantau

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan mata wang negara-negara serantau lain di tengah-tengah sentimen dagangan yang berhati-hati.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Kekalkan Trend Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Menjejaki Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, mengambil petunjuk daripada niaga hadapan getah serantau yang lebih teguh dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga. 

Khazanah Disaran Wujudkan SOP Analisis Pascanilai Bagi Pelaburan Dilupus Dengan Kerugian - PAC

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Khazanah Nasional Bhd disaran mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjalankan analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam berikutan belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen kekal berhati-hati mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan Dalam Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FMOC) AS lewat malam ini. 

Keuntungan Bersih Suku Kedua SP Setia Susut Kepada RM99.8 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih suku kedua SP Setia Bhd yang berakhir pada 30 Jun 2025 susut kepada RM99.8 juta daripada RM295.03 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Sentimen Berhati-hati Pasaran Serantau

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata seorang peniaga.