BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor 2-0 Cong An Hanoi FC | 

Terdapat 2205 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi "

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring penurunan prestasi pasaran serantau berikutan para pelabur kekal dalam mod berhati-hati susulan penutupan berterusan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Ivory Properties Akan Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 14 Oktober

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menolak rayuan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh bagi mengemukakan pelan pemulihan syarikat, sekali gus membawa kepada penyahsenaraian syarikat itu daripada Pasaran Utama.

Kerajaan Komited Perluas Pengiktirafan Sijil Pengesahan Halal, Perkasa PMKS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited memperluas pengiktirafan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di peringkat antarabangsa khususnya untuk memperkasa penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri halal global dan memperkukuh rantaian nilai eksport negara.

YTL Communications Lancar Rangkaian 5G Advanced Pertama

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- YTL Communications menjadi telco pertama di Malaysia untuk melancarkan 5G Advanced secara komersil melalui jenama perkhidmatannya, Yes.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif dalam kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Pembentangan Belanjawan 2026 Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis apabila pelabur menunjukkan keyakinan menjelang pembentangan Belanjawan 2026, kata penganalisis.

Pertumbuhan ASEAN+3 Disemak Naik Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025, 3.8 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan di rantau ASEAN+3 diunjurkan pada kadar 4.1 peratus tahun ini dan 3.8 peratus pada 2026, sekali gus merupakan satu semakan naik berbanding unjuran yang dibuat pada Julai.

Pengeluaran Getah Asli Susut 12.8 Peratus Pada Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli pada Ogos 2025 menurun sebanyak 12.8 peratus kepada 31,285 tan berbanding 35,884 tan pada Julai 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Midea Sasar Perolehan US$1.5 Bilion Di Asia Pasifik Menjelang 2028

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Midea menetapkan sasaran untuk menjadi syarikat perkakasan rumah pintar nombor satu di dunia, dengan sasaran hasil jualan sebanyak  US$1.5 bilion di Asia Pasifik (APAC) menjelang 2028.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kukuh berikutan pelabur tidak bimbang mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

PIAM Harap Baucar Perlindungan Tenang Untuk Motosikal Dimasukkan Dalam Belanjawan 2026

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mencadangkan agar kerajaan meluaskan skim Baucar Perlindungan Tenang (PTV) meliputi motosikal sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan penembusan insurans dan keselamatan jalan raya dalam Belanjawan 2026.

Segmen Motor, Kebakaran Pacu Pertumbuhan Dalam Industri Insurans Am Di Malaysia - PIAM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia berkembang 4.0 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2025 dengan premium bertulis kasar (GWP) meningkat kepada RM12.3 bilion daripada RM11.8 bilion, kebanyakannya didorong oleh segmen motor dan kebakaran, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).