Terdapat 1066 berita berdasarkan kata kunci carian " ketidaktentuan"

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan berterusan dolar AS dalam keadaan peningkatan kebimbangan mengenai trajektori fiskal Amerika Syarikat (AS) dan dasar perdagangan yang tidak konsisten.

ASEAN Terap Pelan Ekonomi Padu Untuk Anjakan Ke Arah Pasaran Tunggal

Komentar Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pemimpin perkumpulan 10 anggota Asia Tenggara menerima pakai strategi ekonomi baharu yang berwawasan dengan menyasarkan ASEAN yang maju sebagai pusat pertumbuhan di rantau Asia Pasifik yang lebih besar selain melonjakkan kedudukannya sebagai ekonomi keempat terbesar dunia.

MIA Gesa Akauntan Pacu Kerjasama Rentas Sektor Demi Masa Depan Lestari

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Institut Akauntan Malaysia (MIA) menggalakkan para akauntan menerajui usaha menjalin kerjasama merentas sektor serta sempadan dalam usaha menuju ke arah masa depan yang lestari dan terangkum.

ASEAN Ke Arah Pasaran Tunggal, Tingkatkan Perdagangan Melalui ACV 2045

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- ASEAN berhasrat menjadi pasaran tunggal yang makmur dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inklusif, pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi serta mengutamakan kemampanan dalam rantaian nilai melalui Visi Komuniti ASEAN 2045 (ACV 2045).

Pelaksanaan Pelan Tindakan Ekonomi ASEAN Catat Kemajuan Ketara Pada 97 Peratus - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kadar pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 berada di tahap yang membanggakan iaitu pada 97 peratus dengan 75 peratus langkah-langkah telahpun diselesaikan dan 22 peratus sedang dilaksanakan.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan stabil minggu depan dengan kecenderungan meningkat susulan tempoh penangguhan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) yang melegakan ekonomi global.

Kehadiran PM China Ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Perkukuh Kerjasama Serantau

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama serantau.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Meningkat Kepada RM190.55 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM190.55 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM172.22 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Panel Pengurus Dana Luar KWSP Catat Sumbangan 24 Peratus Kepada Pendapatan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Panel pengurus dana luar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 24 peratus kepada jumlah pendapatan dana persaraan itu pada 2024.

Produktiviti Buruh Per Jam Meningkat 1.0 Peratus Pada ST1 2025

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 1.0 peratus pada suku tahun (ST) pertama 2025, mencatatkan RM42.5 setiap jam, menurut penerbitan Statistik Produktiviti Buruh Malaysia, Suku Tahun Pertama 2024 yang dikeluarkan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, mencerminkan prestasi lemah semalaman Wall Street. 

Tarif AS: PM Anwar Gesa Pembaharuan Ekonomi Domestik, Pertingkat Hubungan Antara ASEAN Dan Rakan Utama

PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keutamaan untuk pembaharuan ekonomi domestik terlebih dahulu sebelum memperluas kerjasama melalui ASEAN dan rakan utama seperti China, India, Pakistan serta memperkukuh hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam menangani kesan perubahan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).