BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 768 berita berdasarkan kata kunci carian " rangkaian "

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kenaikan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pelabuhan Klang Sasar Kendali 15 Juta TEU Kontena Pada 2025 - Loke

KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.

Kerajaan Komited Tingkat Campuran Kapasiti TBB Dalam Pembekalan Elektrik Negara

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang bagi memastikan keperluannya dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi Garis Tiga Perancangan Jangka Panjang Elak Kesesakan Lalu Lintas

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Kerajaan menggariskan tiga perancangan jangka panjang bagi mengekang kesesakan lalu lintas yang berpotensi berlaku disebabkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Kementerian Ekonomi.

AirAsia X Catat Peningkatan Penumpang 41 Peratus Kepada Lebih 4 Juta Pada 2024

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Jumlah penumpang AirAsia X Bhd (AirAsia X) meningkat 41 peratus kepada lebih empat juta pada 2024, dengan faktor muatan penumpang naik sebanyak tiga mata peratusan kepada 83 peratus berbanding tahun 2023.

Bitdefender Ambil Alih Bahagan Bitshield Dalam Langkah Pengembangan Di Asia-Pasifik

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Penyedia keselamatan siber global, Bitdefender telah memperoleh bahagian utama BitShield Data Defense Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk mengedarkan perkhidmatan penyelesaian Bitdefender di Malaysia dan Brunei.

Maybank Tersenarai Antara 500 Jenama Paling Berharga Di Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.

LuMIC : Visi 25 Tahun Pacu Ekonomi Perak, Perkukuh Sektor Pelabuhan Negara

Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin

LUMUT, 10 Feb  (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.

Mydin Sasar Jualan Lebih RM3 Bilion Produk Sejuk Beku Tahun Ini

Oleh Mohd Noor Iqram Rosli

KOTA BHARU, 9 Feb (Bernama) -- Rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menyasarkan hasil jualan berjumlah RM3.2 bilion bagi produk sejuk beku pada tahun ini.

Rumah Terbuka Mekdi Sempena Tahun Baharu Cina Bawa Keriangan Dan Kemakmuran

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- McDonald's Malaysia buat julung kali menganjurkan Rumah Terbuka Mekdi sempena Tahun Baharu Cina di cawangannya di Bandar Sri Damansara dekat sini hari ini yang membawa keriangan dan kemakmuran kepada komuniti setempat.

Pos Shop Pertama Di Sabah Bantu PKS Jana Pendapatan

KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.

Perkembangan AI DeepSeek China Tingkatkan Permintaan Pusat Data - Gobind

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Peningkatan kemajuan dalam platform kecerdasan buatan (AI), seperti DeepSeek dari China membantu meningkatkan permintaan terhadap pusat data di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.