BERITA TERKINI   PRN Johor: Bekas Menteri Kesihatan Adham Baba calon BN bagi kerusi DUN Pasir Raja - Onn Hafiz | PRN Johor: Pengerusi BN Johor Onn Hafiz sahkan pertahan kerusi DUN Machap | Dewan Rakyat lulus RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026  | PM Anwar puji kecekapan penjawat awam, lonjak prestasi Malaysia dalam IMD World Competitiveness Index 2026 | PM Anwar puji kecekapan penjawat awam, lonjak prestasi Malaysia dalam World Competitive Index | 

Terdapat 583 berita berdasarkan kata kunci carian "gri"

Malaysia Akan Lancar Bidaan TBB Rentas Sempadan Bagi Singapura Pada Akhir Tahun - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Sasar Jadi Pemimpin Serantau Dalam Kelestarian

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, meletakkan dirinya sebagai pemain global yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim walaupun menyumbang hanya 0.8 peratus daripada pelepasan global.

Siemens Energy Group Teroka Teknologi Hidrogen Di Loji Jana Kuasa TNB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Siemens Energy Pte Ltd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini sedang meneroka integrasi tenaga hidrogen dengan loji jana kuasa berskala besar milik TNB. 

Fadillah Beri Jaminan Pertimbangan Teliti Berhubung Pembangunan Tenaga Nuklear

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk memulakan pembangunan tenaga nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

TNB Terajui Matlamat Malaysia Ke Arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 mencerminkan komitmen bukan sahaja terhadap sasaran iklim global tetapi juga kepada pembangunan mampan dan ekonomi yang berdaya tahan.

Kepengerusian ASEAN 2025: Kerajaan Disaran Jadikan Ekonomi Hijau Antara Agenda Utama

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Seorang Ahli Dewan Rakyat mencadangkan agar kerajaan menjadikan ekonomi hijau sebagai antara agenda utama ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.

KPK Rangka Inisiatif Transformasikan Sektor Agrikomoditi Jadi Pekerjaan Berasaskan Teknologi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah merangka beberapa inisiatif bagi mentransformasikan sektor agrikomoditi daripada pekerjaan berasaskan buruh kepada pekerjaan berasaskan teknologi.

Subsidi Bersasar RON95 Perlu Dibuat, Elak Ketirisan Subsidi - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya berikutan perbezaan harga petrol yang besar, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Syarikat Sweden Sokong Peralihan Hijau Malaysia Dengan Pelaburan Mampan - Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - Syarikat-syarikat terkemuka Sweden yang telah melabur dalam pembangunan perindustrian Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan, meminjamkan kepakaran mereka dalam usaha peralihan ekonomi hijau negara dengan tumpuan kepada agenda kemampanan.

Shahriman Letak Jawatan Sebagai Pengarah Urusan Sapura Resources

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) --  Pengarah Urusan Sapura Resources Bhd Datuk Shahriman Shamsuddin meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam.

Kerajaan Akan Bantu TNB Realisasikan Bersama Inisiatif Grid Kuasa ASEAN - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memikirkan cara untuk memastikan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dapat memainkan peranan dalam merealisasikan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Pematuhan Dasar Boleh Diterapkan Dalam Transaksi Rentas Sempadan Melalui Projek Mandala

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank for International Settlements (BIS) dan rakan-rakan bank pusat telah berjaya membuktikan melalui Projek Mandala bahawa pematuhan dasar boleh diterapkan dalam protokol transaksi rentas sempadan.