BERITA TERKINI   Pegawai kanan ATM Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah lakukan pecah amanah wang TKAT berjumlah RM5 juta | 

Terdapat 1058 berita berdasarkan kata kunci carian "pembuatan"

Genting Plantations Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM61.25 Juta

KUALA LUMPUR, `28 Mei (Bernama) -- Genting Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM61.25 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding dengan RM42.83 juta yang direkodkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Perancangan Pelaburan Digital Malaysia Cecah RM59.1 Bilion Setakat April -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai perancangan pelaburan digital mencecah RM59.1 bilion setakat April 2025, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Keuntungan Dalam Pasaran Getah Terencat, Menjejaki Kerugian Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --Keuntungan dalam pasaran getah Malaysia terencat untuk ditutup lebih rendah berikutan kerugian di pasaran niaga hadapan getah serantau. 

Dagangan Malaysia-China Cecah RM161.98 Bilion Dari Januari Hingga April 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah RM161.98 bilion (US$36.47 bilion) dari Januari hingga April 2025, dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Turun 3.4 Peratus Pada April 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus menurun 3.4 peratus pada April 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Keuntungan Bersih Suku Ketiga IOI Corp Melonjak Kepada RM262.3 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd, untuk suku ketiga berakhir pada 31 Mac 2025 melonjak sebanyak 113 peratus kepada RM262.30 juta berbanding RM123.10 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

ASEAN Ke Arah Pasaran Tunggal, Tingkatkan Perdagangan Melalui ACV 2045

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- ASEAN berhasrat menjadi pasaran tunggal yang makmur dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inklusif, pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi serta mengutamakan kemampanan dalam rantaian nilai melalui Visi Komuniti ASEAN 2045 (ACV 2045).

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Capai 81.8 Peratus Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kapasiti penggunaan industri pembuatan Malaysia mencapai 81.8 peratus pada suku pertama 2025, meningkat sebanyak 1.0 mata peratus daripada 80.8 peratus berbanding suku sama pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

MayCham Pertingkat Usaha Tarik Pelaburan GCC-China Menjelang Sidang ASEAN

Oleh Kisho Kumari Sucedaram 

BEIJING, 26 Mei (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia di China (MayCham) giat memacu usaha mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China dan menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang bakal berlangsung sebagai tepat dalam menjadikan Malaysia destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara.

Sabah Sasar Capai Pertumbuhan Mampan, Jadi Pemain Utama Ekonomi Dan Perdagangan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Di tengah-tengah peralihan ekonomi global, Sabah melangkah kehadapan dengan langkah-langkah strategik bagi meletakkan negeri itu bukan sahaja sebagai pemain serantau, tetapi juga kuasa utama dalam perdagangan dunia.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah di tengah-tengah data ekonomi yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Konsolidasi Fiskal Malaysia Bagi Suku Pertama 2025 Kekal Di Landasan Tepat --MOF

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2025 menyusut kepada RM21.9 bilion pada suku pertama 2025 daripada RM26.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.