8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus menjadi pengantara dengan berkesan di sebalik ketidaktententuan global, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini bagaimanapun turun selepas itu disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan peningkatan di Wall Street, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen positif ke atas mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia akan memulakan rundingan tarif timbal balik bersama Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dengan objektif utama supaya tiada tarif dikenakan ke atas negara terutamanya dalam sektor-sektor penting, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran getah pada April 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit, menurut Fastmarkets Palm Oil Analytics.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih MR D.I.Y. Group (M) Bhd meningkat kepada RM174.15 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 daripada RM144.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global ASEAN merosot untuk bulan kedua berturut-turut pada April 2025, mencatatkan bacaan di bawah paras neutral sebanyak 50.0 buat kali pertama sejak Disember 2023.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 selepas mendapat lebih kepastian mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan hasil rundingan Malaysia dengan negara itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan Amerika syarikat (AS) bersetuju untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia mengenai tarif timbal balas mengejut dikenakannya ke atas negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.