Terdapat 1687 berita berdasarkan kata kunci carian " penurunan"

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif berikutan sentimen pasaran bertambah baik selepas data inflasi Julai Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, pada 2.7 peratus, mengukuhkan harapan untuk penurunan kadar faedah pada September.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, disokong oleh penurunan 0.43 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.097 selepas kadar inflasi AS lebih rendah daripada jangkaan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki penurunan mendadak pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Indeks Harga Seunit Besi Turun 0.2–3.5 Peratus Pada Julai 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --  Indeks harga besi menunjukkan sedikit penurunan pada Julai 2025 dalam lingkungan -0.2 peratus hingga -3.5 peratus berbanding bulan lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 5.9 Peratus Pada Jun 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada 25,679 tan pada Jun 2025 daripada 24,256 tan pada Mei 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Kekal Dengan Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Bagi Suku Kedua 2025 Diunjurkan Pada 4.3 Peratus - Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025 diunjurkan pada kadar 4.3 peratus, didorong oleh pemulihan sektor pertanian serta pengembangan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Singapura Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Kepada Antara 1.5 Hingga 2.5 Peratus

SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 kepada antara 1.5 hingga 2.5 peratus untuk mencerminkan prestasi ekonomi negara yang lebih baik berbanding jangkaan pada separuh pertama 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data indeks harga pengguna (IHP) AS bulan Julai yang dijadualkan esok.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Kukuh, Ditutup Lepasi Paras Rintangan 1,560

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan meneruskan trend meningkat sejak Jumaat lepas, kata peniaga.

Petronas Kaji Semula Kecekapan Operasi, Kos Susulan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka aliran harga minyak yang rendah ketika ini akan berterusan dan berada dalam jajaran US$64 hingga US$65 setong, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluannya Mohd Jukris Abdul Wahab.