BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 959 berita berdasarkan kata kunci carian " tertinggi "

Labuan IBFC Catat Pertumbuhan Kukuh Dalam Sektor Utama Pada 2024

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam sektor utama pada 2024 dipacu oleh kebolehsesuaian kawal selia dan inovasi pasaran.

Projek Pembangunan Diluluskan Bagi Suku Tahun Pertama N. Sembilan Lebih RM27 Juta

SEREMBAN, 30 April (Bernama) -- Status semasa projek pembangunan (perbelanjaan) diluluskan pada suku tahun pertama ini sebanyak RM27,043,020.12 bagi tempoh Januari hingga Mac daripada kelulusan peruntukan berjumlah RM135 juta.

Ringgit Teruskan Aliran Meningkat, Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Enam Bulan

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS apabila ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan didorong oleh petanda ketegangan perdagangan yang kelihatan mula mereda, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Alami Fasa Konsolidasi Susulan Kenaikan Berturut-turut

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.

KDNK Sabah Meningkat Kepada RM83.2 Bilion Tahun Lepas - Hajiji

KOTA KINABALU, 29 April (Bernama) -- Ekonomi Sabah tmenunjukkan pertumbuhan positif apabila keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas daripada RM82.1 bilion pada 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa tengah hari pada Selasa, susulan prestasi tidak menentu ketika dagangan pagi disebabkan aktiviti pengambilan untung berterusan walaupun trend pasaran serantau kebanyakannya positif.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ekoran Pengambilan Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan yang dialami bursa tempatan baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lebih Lima Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit melantun semula berbanding dolar AS untuk ditutup pada paras tertingginya dalam tempoh lebih lima bulan susulan minat baharu berikutan perbincangan tarif yang menggalakkan antara Malaysia dan kerajaan AS.

Bursa Malaysia Naik Hari Keempat Berturut-turut, Indeks Komposit Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini dengan peningkatan hari keempat berturut-turut, yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur.

Perodua Dijangka Raih Manfaat Daripada Pasaran Automotif Malaysia Pada 2025 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mendapat manfaat sepenuhnya daripada industri automotif Malaysia pada 2025, dipacu oleh minat belian pada masa depan berikutan penangguhan peraturan eksais baharu sehingga akhir 2025.

Pelabur Asing Kembali Giat Di Bursa Malaysia Dengan Aliran Masuk RM332.3 Juta

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih di Bursa Malaysia sebanyak RM332.3 juta, mengakhiri jualan selama 26 minggu berturut-turut sekali gus menjadikannya sebagai minggu pertama aliran masuk asing bersih sejak 24 Okt 2024.