BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu FC 1-1 Selangor FC | Liga Super: JDT 5-0 Imigresen FC | 

Terdapat 966 berita berdasarkan kata kunci carian " kemudahan"

Muara Port Teroka Peluang Kerjasama Kendali Kargo Dengan Dermaga Labuan Liberty

LABUAN, 29 April (Bernama) -- Delegasi daripada Muara Port Company Sdn Bhd (Muara Port) iaitu pengendali pelabuhan utama di Brunei telah memulakan lawatan kerja ke Dermaga Labuan Liberty bagi meneroka potensi kerjasama dalam operasi pengendalian kargo dengan pihak berkuasa pulau itu.

Kadar Jangka Pendek Diunjurkan Kekal Stabil, Disokong Operasi BNM

LA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Petronas Bekerjasama Dengan Glide Edar Minyak Penebat Premium

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Petronas Lubricants International (PLI) dan pengeluar minyak pelincir tempatan Glide Technology Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama untuk pengedaran minyak penebat premium di bawah jenama Petronas Tranol Glide.

SCIB Dapat Pembiayaan Islam RM49 Juta Daripada MIDF Bagi Pengembangan Syarikat

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM), anak syarikat milik penuh tidak langsung Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), telah memperoleh pembiayaan bernilai RM49.0 juta daripada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

JS-SEZ Bakal Jadi Pemangkin Pertumbuhan Pelaburan Dan Rantaian Bekalan Bersepadu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menjadi destinasi pelaburan dan pusat rantaian bekalan utama seterusnya di Asia menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Taghill Peroleh Kontrak Bernilai RM494.65 Juta Daripada Indo Aman Bina

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Taghill Holdings Bhd telah mendapat kontrak pembangunan hartanah bernilai RM494.65 juta oleh syarikat hartanah Indo Aman Bina Sdn Bhd (IAB).

Bin Zayed Labur AS$500 Juta Dalam Projek Kilang Penapisan Bahan Api Penerbangan

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan -- kemudahan bersepadu pertama di dunia di Pelabuhan Klang -- yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan bagi pengeluaran bahan api penerbangan bersih.

MTD Properties Umum Tiga Projek Kediaman, Taman Industri Di Kajang Dan Melaka

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd mengumumkan tiga projek pembangunan utamanya, termasuk dua projek perumahan dan sebuah taman perindustrian di Melaka dan Kajang, Selangor bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian berkembang.

Audi Mulakan Pemasangan Audi Q7 Di Pekan, Pahang

PEKAN, 24 April (Bernama) -- Audi mula memasang kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya di Asia Tenggara di kilangnya di Pekan, Pahang, yang merupakan satu-satunya kemudahan pengeluaran Audi di rantau ini, menurut satu kenyataan.

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Kukuh Disokong Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Ferrotec Buka Kemudahan Kedua Di Kulim Dengan Pelaburan RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ferrotec Holdings Corporation, sebuah syarikat pembekal global dalam bahan termaju, komponen dan penyelesaian sistem berketepatan tinggi melancarkan kemudahan pembuatan berteknologi tinggi yang kedua di Kulim, Kedah, dengan pelaburan hampir RM1 bilion (US$226 juta).

Pemegang Saham Baharu MAHB Fokus Kepada Kecekapan Dan Pertumbuhan Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 23 (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang menjalani transformasi strategik susulan penswastaannya, pemegang saham baharunya memberi fokus pada menambah baik perjalanan penumpang, membaik pulih dan menggiatkan semula infrastruktur serta meningkatkan kecekapan operasi merentas rangkaian.