Terdapat 757 berita berdasarkan kata kunci carian " pilihan"

Viasfood Lancar Dua Sos Pencicah Untuk Pasaran Tempatan, Antarabangsa

Oleh Zarul Effendi Razali

DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Viasfood Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan pengeluar makanan yang berpangkalan di Pahang memperkenalkan dua sos pencicah iaitu Sos Musang King dan Pes Sambal Hitam untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Air Selangor Laksana Langkah Strategik Sokong Pertumbuhan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah merancang langkah strategik untuk memastikan keupayaan memenuhi permintaan tambahan daripada perkembangan pesat pusat data.

MIZU Paint Sasar Jadi Peneraju Dalam Bahan Binaan Lestari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- MIZU Paint berhasrat untuk menjadi peneraju dalam bahan binaan mampan yang mana, teknologinya boleh diterapkan ke dalam mana-mana keperluan sektor yang mahu menggunakan strategi mitigasi perubahan iklim.

PDC Jadi Pemangkin Utama Pacu Pertumbuhan Ekonomi Pulau Pinang - Chow

GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjadi pemangkin utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam tempoh lebih lima dekad penubuhannya, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

EATech Peroleh Tiga Kontrak Lanjutan PFLNG1 Bernilai RM63.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- EA Technique (M) Bhd (EATech) menerusi anak syarikat milik penuhnya Libra Perfex Precision Sdn Bhd (LIBRA) berjaya memperoleh tiga kontrak lanjutan daripada Petronas Floating LNG 1 (L) Ltd (PFLNG1) bernilai RM63.9 juta.

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Sederhana Dalam Persekitaran Cabaran Luaran

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Institusi Tempatan Jadi Pembeli Bersih Minggu Keempat Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM207.7 juta minggu lepas manakala pelabur asing meneruskan aliran keluar daripada pasaran Asia.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Perubahan Dasar Perdagangan AS Dijangka Tidak Beri Impak Besar Kepada Sektor Minyak Sawit Negara

BANGI, 14 Nov (Bernama) -- Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden baru-baru ini dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap sektor minyak sawit negara.  

Hong Kong Buka Pintu Untuk Perniagaan Malaysia Terokai Pasaran GBA

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) --  Ringgit susut berbanding dolar US untuk hari ketiga berturut-turut berikutan kenaikan Indeks Dolar US (DXY) menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang pakar ekonomi.

Tun Daim, Daripada Ahli Perbankan, Pemaju Hartanah Kepada Individu Penting Dalam Tangani Cabaran Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pemergian bekas Menteri Kewangan keenam Tun Daim Zainuddin hari ini adalah satu kehilangan bukan sahaja kepada negara, malah kepada komuniti perniagaan terutama dalam sektor perbankan dan hartanah.