9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali melantun pada awal dagangan hari ini selepas jualan ketara semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram, kata penganalisis.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati berikutan suasana pasaran yang tertekan, dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai kemungkinan perang perdagangan global.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunan mata wang Asia yang lain susulan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, merosot di bawah paras 1,500, menjejaki prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan dan ketidaktentuan dalam pasaran global.
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka muncul di Bursa Malaysia minggu depan dengan jangkaan tekanan jualan berkurangan ketika para pelabur mula mencerna kesan tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan yang mungkin mendorong pelabur untuk membeli pada harga lebih rendah, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif menutup minggu ini dengan lebih rendah, sejajar dengan harga emas antarabangsa berikutan pengumuman tarif pertengahan minggu Donald Trump, kata penganalisis.
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.97 peratus susulan jualan berterusan merentasi pelbagai sektor membebankan pasaran yang terus merasai kesan daripada kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).