Terdapat 1111 berita berdasarkan kata kunci carian "adb"

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan bercampur-campur walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Construction Naik Kepada RM75.71 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 meningkat kepada RM75.71 juta, naik daripada RM32.40 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa, meningkat daripada penurunan semalam, apabila kalangan pelabur menjejaki kenaikan dalam tempoh semalaman di Wall Street.

PAC Adakan Empat Prosiding Tindakan Susulan Bermula Esok - Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan empat prosiding tindakan susulan termasuk berkaitan pengurusan pelaksanaan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bermula esok.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)  hari ini, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang melemah, susut 0.71 peratus kepada 100.376 berikutan penurunan penarafan kredit berdaulat kerajaan AS.

Ketahanan Ekonomi Kukuhkan Keyakinan Pelabur AS Di Malaysia -- AMCHAM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.4 peratus bagi suku pertama 2025 merupakan petunjuk positif terhadap ketahanan ekonomi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Sarawak Energy Perlu Laksanakan Penstrukturan Semula Untuk Sokong Pelan Pengembangan

KUCHING, 17 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta Sarawak Energy Bhd (SEB) supaya melaksanakan penstrukturan semula untuk menyokong pengeluaran negeri dalam pengeluaran dan bekalan tenaga.

Belum Ada Keputusan Mengenai Status Risiko Rendah EUDR Untuk Minyak Sawit Malaysia

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) masih belum menentukan sama ada Malaysia akan diklasifikasikan sebagai negara berisiko rendah di bawah sistem penanda aras yang bakal diperkenalkan menerusi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR), kata Duta EU ke Malaysia Rafael Daerr.

Prasarana, UNGCMYB Perkenal Platform Digital Bantu Lebih 5,000 PKS

PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Prasarana Malaysia akan melancarkan platform digital khusus, iaitu  Vendor ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) Hub, bagi menyokong lebih 5,000 vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Prasarana dalam mendapatkan latihan, peralatan dan sumber berkaitan amalan kemampanan.

PM Anwar Sampaikan Ucaptama Di KazanForum, Kemuncak Lawatan Rasmi Pada Hari Terakhir Di Rusia

KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama bertemakan digitalisasi pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025), sekali gus merupakan acara kemuncak, memasuki hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Persekutuan Rusia.

ASEAN, APEC Perlu Selaras Usaha Pendigitalan Untuk Tingkat Perdagangan - Tengku Zafrul

Daripada Muhammad Muzammil Abdullah

JEJU, 15 Mei (Bernama) -- Negara-negara ASEAN dan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu meneruskan usaha penyelarasan inisiatif pendigitalan untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan transaksi antara kedua-dua rantau itu.

Energy Asia 2025 Tumpu Isu Geopolitik, Landskap Makro Industri Tenaga -- Petronas

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Forum Energy Asia 2025 edisi kedua akan memberi tumpuan kepada isu geopolitik dan landskap makro yang melibatkan industri tenaga, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).