Ekonomi ASEAN+3 Dijangka Berkembang 4.0 Peratus pada 2026 - AMRO
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh peningkatan permintaan eksport minyak sawit baru-baru ini dan jangkaan pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan dalam beberapa minggu akan datang.
Oleh K. Naveen Prabu
ABU DHABI, 16 Jan (Bernama) -- Komuniti perniagaan terus melihat Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan yang terbaik di rantau ini, menurut Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan FBM KLCI mencecah paras 1,730 menjelang akhir 2026 di bawah senario realistiknya, manakala berdasarkan senario optimistik indeks utama itu dijangka meningkat kepada 1,850.
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangkakan ekonomi Malaysia dapat mengekalkan momentum kukuh pertumbuhannya dengan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 4.3 peratus pada 2026 susulan pengembangan 4.6 peratus pada tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan pendapatan boleh guna susulan pelarasan gaji Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selain pelaksanaan berterusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), demikian menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Fasa kedua pelarasan gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk penjawat awam dijangka memberi kesan positif yang kuat kepada ekonomi runcit, menurut seorang pakar ekonomi.
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur meningkat minggu depan memandangkan penyertaan pasaran dan mudah tunai dijangka bertambah selepas mencatat paras rendah berikutan tempoh dagangan yang singkat ketika musim cuti, kata ahli ekonomi.
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi.