7hari ago
KUALA LUMPUR,19 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd hari ini telah memperoleh kelulusan pemegang saham untuk cadangan penggabungan lima saham kepada satu pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu, dijangka disempurnakan pada awal Jun 2026.
7hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah menggalakkan pelaburan yang menyumbang lebih bermakna demi keutamaan ekonomi jangka panjang Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia mengharungi krisis minyak semasa dalam kedudukan yang kukuh, dengan unjuran pertumbuhan ekonominya dikekalkan pada 4.5 peratus bagi 2026, menurut Standard Chartered Bank (SCB) hari ini.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 2026) daripada RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
7hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu meningkatkan keupayaan serta menyesuaikan diri dengan persaingan global dan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat di bawah Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) bagi memastikan mereka terus kekal dalam rantaian bekalan global, kata seorang ahli ekonomi.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lima subsektor pembuatan telah dikenal pasti paling terkesan berikutan impak krisis tenaga dan gangguan bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ledakan perbelanjaan modal (capex) di peringkat global yang berterusan, dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) berpotensi mengukuhkan kedudukan perdagangan Malaysia dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi berbanding jangkaan, menurut firma penyelidikan BMI.
7hari ago
Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol
CYBERJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Garis panduan baharu kerajaan yang mengetatkan pengimportan kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU) dilihat mampu mempercepat pembangunan ekosistem EV tempatan, sekali gus memperkukuh peralihan kepada pemasangan tempatan (CKD) dan pemindahan teknologi dalam industri automotif negara.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengukuh sedikit pada tengah hari berikutan pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta utiliti.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal sekitar RM4,400 satu tan pada Jun 2026, disokong oleh dasar biobahan api global, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) hari ini mencadangkan penambahbaikan terhadap Pasaran LEAP Bursa Malaysia.