Terdapat 63 berita berdasarkan kata kunci carian " premier sarawak"

Sarawak Tidak Anggap Lombong REE Sebagai Industri Utama Negeri

KUCHING, 30 Dis (Bernama) -- Sarawak tidak melihat keperluan untuk menjadikan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) sebagai industri utama meskipun tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negeri yang berpotensi memiliki hasil REE yang tinggi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Proses Ambil Alih MASwings Dijangka Selesai Menjelang Suku Pertama 2025

KUCHING, 30 Dis (Bernama) -- Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

LIAM Lancar Pek Permulaan i-MULA 50 Di Sarawak

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan syarikat ahlinya melancarkan Pek Permulaan i-MULA 50 secara rasmi hari ini sebagai sebahagian acara Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak yang diadakan dari 15 hingga 17 November.

Bank Negara, FEN Anjurkan Karnival Celik Kewangan Sarawak

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) dan industri kewangan menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak selama tiga hari, bermula semalam.

Petros Peruntuk Perbelanjaan Modal RM40 Bilion Bagi Lima Tahun Akan Datang - Pengerusi

KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Petros, syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri Sarawak, memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo.

Rafizi Yakin Momentum Pembangunan Sarawak Meningkat Dalam RMK13

KUCHING, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan yakin momentum pembangunan di Sarawak dapat ditingkatkan lagi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan datang berdasarkan keserasian yang sudah terjalin dengan kerajaan negeri itu.

Batu Kawa Berpotensi Dibangunkan Seperti Bandar Sunway - Abang Johari

KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer (km) dari bandar raya ini berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Boleh Majukan Inisiatif Karbon Di Rantau Ini

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

SDEC, CENTEXS Dan Angkasa-X Bekerjasama Dalam Industri Berkaitan Angkasa

KUCHING, 22 Oct (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua pihak lain untuk bekerjasama dalam pembangunan modal insan dan penyelesaian teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI), memfokuskan kepada industri berkaitan angkasa.

Sarawak Lancar ENBASE Rancakkan Sektor Keusahawanan

KUCHING, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan sistem pangkalan data usahawan Sarawak yang juga dikenali sebagai ENBASE bagi merancakkan sektor keusahawanan di negeri ini. 

Sarawak Meterai MoU Dengan MEASAT Pacu Kemajuan Industri Angkasa Lepas

KUCHING, 15 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan penyedia penyelesaian satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd (MEASAT), dalam usaha meningkatkan pembangunan industri angkasa lepas Sarawak.

MPOB, M-FICORD Sarawak Anjur Program Pemindahan Teknologi Pada 14 Oktober

KUCHING, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Kelapa Sawit Sarawak (TOT Sarawak 2024) di sini pada 14 Oktober ini.