Terdapat 1633 berita berdasarkan kata kunci carian " saham"

Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri dagangan sesi pagi, mengatasi pasaran serantau susulan ringgit yang lebih kukuh.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street. 

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat Ke Paras Tertinggi Dalam Masa 14 Bulan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, melepasi paras yang tinggi direkodkan sebelumnya pada 1,642.54 pada 22 Okt 2024 , disokong oleh aktiviti pembelian menyeluruh daripada pelabur institusi tempatan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pengukuhan ringgit yang berterusan, meningkatkan sentimen pelabur.

Halogen Capital Lengkapkan Pusingan Pembiayaan RM13.3 Juta, Kenanga IB Pegang 14.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Halogen Capital Sdn Bhd melengkapkan pusingan pembiayaan RM13.3 juta (US$3.2 juta) dengan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) muncul sebagai pemegang saham institusi terbesar serta memegang 14.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada akhir minggu lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Tertinggi Dalam Dua Bulan Seiring Sentimen Positif Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini susulan aktiviti belian pada harga rendah, seiring sentimen positif pelabur di pasaran serantau dan mengukuh pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, yang dicapai kali terakhir pada 2 Okt, 2025.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari Dipacu Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen semalaman Wall Street yang positif.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjejaki Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Penurunan Kadar Fed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.

Ambest Group Sasar Penyenaraian Di Bursa Malaysia Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ambest Group Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada suku pertama tahun depan.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Penurunan Kadar Fed Dorong Sentimen Pasaran

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada sesi pagi, disokong sentimen pasaran yang lebih positif susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan seiring dengan kenaikan pasaran Wall Street semalaman.