Terdapat 56 berita berdasarkan kata kunci carian " kolaborasi "

Hab Perdagangan Pelabuhan Teluk Sapangar Beri Impak Pada Sabah

KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Aspirasi Kerajaan Sabah yang mahu menonjolkan Pelabuhan Teluk Sapangar sebagai hab perdagangan di rantau ini dijangka memberikan impak positif yang signifikan terhadap ekonomi negeri dalam jangka masa panjang, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Penyertaan Global Dalam Smart Nation Expo 2024 Bukti Keyakinan Terhadap Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Penyertaan pelbagai jenama global dan negara luar di Smart Nation Expo 2024 membuktikan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai pusat pelaburan digital utama, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Lawatan Sulung Ke Brazil Jana Potensi Eksport RM6.8 Bilion - PM Anwar

RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. 

Dewan Sabah: Tiga Syarikat Tempatan Laksana Kajian Kebolehlaksanaan Bangunkan OTEC

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) di Sabah.

MATRADE Komited Sokong Pengembangan Perniagaan SPP Tempatan Ke Rantau Berpotensi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Mesir Jana Potensi Eksport Bernilai RM4.8 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.

Kerajaan Perkukuh Hubungan Dengan Negara Maju Untuk Tingkat Kolaborasi Teknologi

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuh hubungan dengan negara-negara maju serta syarikat multinasional daripada industri semikonduktor dalam usaha meningkatkan kolaborasi teknologi, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.