Terdapat 105 berita berdasarkan kata kunci carian " kul"

Pembaharuan Struktur Jangka Panjang Perlu Bagi Tangani Kos Sara Hidup - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih holistik dan berpandangan jauh ke hadapan bagi mengurus kenaikan kos sara hidup, melebihi sokongan fiskal jangka pendek, kata Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank Firdaos Rosli.

Johor Cipta Gelombang Ekonomi Baharu Menerusi Sektor Digital Dan AI

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Johor menjadi antara destinasi pelaburan paling rancak di Malaysia apabila terus merekodkan kelulusan pelaburan berjumlah RM30.1 bilion pada suku pertama tahun ini.

Malaysia Alu-alukan Ketibaan Kapal Persiaran China Hasil Perkongsian Hwajing-Astro Ocean

GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyambut ketibaan kapal pelayaran China yang pertama berpengkalan di negara ini dengan kehadiran M/V Piano Land, hasil perkongsian strategik antara Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd dan syarikat pelayaran China Astro Ocean Cruise.

Jualan Hartanah Genting Plantations Kukuh, Disokong Pembangunan JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Genting Plantations Bhd (GENP) mencatatkan jualan hartanah yang kukuh di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Taiwan Expo 2025 Penghubung Produk Taipei, Keperluan Malaysia -- Taitra

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pavilion Kecemerlangan Taiwan acara Taiwan Expo 2025 menjadi platform menghubungkan inovasi utama negara itu dengan bidang pertumbuhan utama Malaysia, khususnya dalam usaha transformasi digital dan industri hijau.

Kedah Catat Pelaburan RM4.2 Bilion Bagi Suku Pertama Tahun Ini

ALOR SETAR, 22 Jun (Bernama) -- Kedah merekodkan jumlah pelaburan RM4.2 bilion bagi tempoh suku pertama tahun ini dan dijangka menjana lebih 1,400 peluang pekerjaan.

Instrumen Kewangan Perlu Diperkasa Untuk Pembangunan Negara - Pensyarah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Selain zakat, sistem kewangan Islam mempunyai beberapa kaedah pengumpulan harta awam untuk digunakan bagi kepentingan yang ditetapkan oleh syarak, demikian menurut seorang pensyarah sebuah universiti tempatan.

Sektor Pusat Data Malaysia Kekal Positif - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia kekal positif di sebalik laporan baru-baru ini yang mendakwa syarikat-syarikat China sedang melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka di pusat data di sini yang dikuasakan oleh cip Nvidia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Oasis Harvest Akan Beli Rangkaian Restoran, Kafe Jenama Chef Wan Bernilai RM30.8 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Oasis Harvest Corporation Bhd, penggiat makanan dan minuman (F&B) yang disenaraikan di Bursa Malaysia bercadang untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Metta Food & Lifestyle Sdn Bhd (Metta) dengan harga RM30.8 juta.

Lagenda Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Pertama Kepada RM44.58 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Lagenda Properties Bhd meningkat kepada RM44.58 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) daripada RM42.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Capai 81.8 Peratus Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kapasiti penggunaan industri pembuatan Malaysia mencapai 81.8 peratus pada suku pertama 2025, meningkat sebanyak 1.0 mata peratus daripada 80.8 peratus berbanding suku sama pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Untung Bersih Suku Ketiga 2025 YTL Corp Susut Kepada RM419.38 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2025 menyusut kepada RM419.38 juta berbanding RM496.23 juta bagi suku yang sama tahun lepas.