8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat apabila pasaran kekal berhati-hati sebelum laporan penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pembuatan 2026 untuk Malaysia kepada 4.3 peratus daripada 3.5 peratus sebelumnya (2025: 4.5 peratus).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut untuk ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung, seiring prestasi lemah pasaran global apabila perkembangan ketenteraan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan selera risiko pelabur, kata penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Jumaat, didorong harga penanda aras minyak mentah yang lebih kukuh serta kebimbangan terhadap kekurangan bekalan susulan gangguan cuaca hujan di negara pengeluar utama, kata peniaga.
8hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk membangunkan keupayaan sendiri dalam industri pembungkusan termaju semikonduktor dalam tempoh dua tahun lagi menerusi penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.
8hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat apabila aktiviti belian diselang-seli dengan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan perkembangan geopolitik yang tidak menentu.
9hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 7 Mei (Bernama) -- Singapura giat bekerjasama dengan kalangan negara ASEAN lain untuk memperkasakan rantau ini dengan rantaian bekalan yang berdaya tahan, di samping mengembangkan ekonomi digital dan hijau, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong.
9hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan, ditutup lebih tinggi pada Khamis, apabila sentimen pasaran mengukuh susulan penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan dolar AS yang lebih lemah.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM105.8 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2026 daripada RM90.4 juta yang disaksikan dalam suku yang sama tahun lepas.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai.