11hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan kukuh selama tiga hari berturut-turut.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Vitrox Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM51.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berbanding RM24.16 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2025.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- GWM Malaysia mencatatkan prestasi yang berdaya tahan pada suku pertama 2026 dengan penyerahan sebanyak 1,294 unit, walaupun beroperasi dalam landskap pasaran automotif yang lebih sederhana.
11hari ago
JOHOR BAHRU, 23 April (Bernama) -- Sebanyak 31,517 kes kebankrapan direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2021 sehingga Mac 2026, dengan hampir separuh daripadanya berpunca daripada pinjaman peribadi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah mencatat sejumlah 8.44 bilion transaksi pembayaran digital pada 2025, sekali gus membuktikan kaedah itu terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
11hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas Presiden AS Donald Trump melanjutkan gencatan senjata Asia Barat dengan peningkatan diterajui oleh saham perbankan seiring dengan prestasi semalaman yang lebih kukuh di Wall Street.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dijangka mengalami kebangkitan semula dalam kitaran pelaburannya pada separuh kedua 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun berlakunya konflik di Asia Barat, menurut Affin Bank Bhd.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia perlu melakukan pembaharuan atau menyesuaikan semula tindak balasnya terhadap perubahan struktur global, terutama dalam perdagangan apabila perubahan itu berlaku, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuhkan ekosistem semikonduktor tahun ini menerusi penyepaduan rantaian bekalan, pembangunan keupayaan tempatan dan perkongsian bernilai tinggi dengan platform seperti SEMICON Asia Tenggara (SEMICON SEA) 2026 dijangka memainkan peranan pemangkin.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan berita bahawa gencatan senjata antara AS-Iran yang sepatutnya dijangka tamat hari ini telah dilanjutkan untuk membolehkan rundingan dengan Iran dimuktamadkan.
13hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Selasa, sekali gus mengatasi penurunan selama hampir enam minggu sebelum ini.