Terdapat 149 berita berdasarkan kata kunci carian " pertukaran asing"

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Susulan Kekukuhan Indeks Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) --Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini susulan pengukuhan Indeks Dolar AS (DXY) ketika para peniaga menantikan pengumuman data Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang penganalisis.

KWSP Catat Jumlah Pelaburan RM18.31 Bilion Bagi Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.

Kebimbangan Terhadap Tinjauan Fiskal AS Jejaskan Dolar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Dolar AS terus mengalami tekanan berikutan kebimbangan terhadap tinjauan fiskal Amerika Syarikat (AS), termasuk hutang tinggi dan peningkatan defisit serta perbelanjaan kerajaan, selain ketegangan perdagangan dan peralihan trend pelaburan global.

Aset Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$118.70 Bilion Setakat Akhir April 2025

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.70 bilion (AS$1 = RM4.21) setakat akhir April 2025, manakala aset mata wang asing lain pula bernilai US$1.75 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

TNB Terus Cemerlang Dalam Operasi Dan Mengukuhkan Tanggungjawab Sosial

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab digital serantau, TNB terus menyokong infrastruktur penting bagi sektor ini.

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Minggu depan dijangka menjadi tempoh menarik bagi ringgit yang diunjur meneruskan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)m menjelang pengumuman minit mesyuarat bank pusat negara maju itu serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Kebimbangan Mengenai Tahap Fiskal AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila kebimbangan mengenai paras fiskal AS terus menjejaskan mata wangnya.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

Prospek Makroekonomi, Pembaharuan Struktur Beri Sokongan Kepada Ringgit - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Prospek makroekonomi Malaysia yang positif dan pelaksanaan pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan jangka sederhana kepada ringgit, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik susulan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan dan penyusutan hasil perbendaharaan AS.

Ekonomi Terus Berkembang Meskipun Wujud Ketidakpastian Mengenai Tarif - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Berikut adalah transkrip temu bual BERNAMA menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR).