1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pasaran emas melemah sedikit susulan perbualan telefon yang memberangsangkan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan dolar AS yang lebih rendah berikutan data ekonomi negara itu yang tidak memberangsangkan mendorong pelabur kembali cenderung mengambil risiko.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini susulan aktiviti membeli saham pada harga rendah yang berterusan selepas penjualan minggu lepas, sejajar dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis dalam keadaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah daripada jangkaan dan ketidaktentuan tarif AS, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa ketika pasaran menilai prospek dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Mata wang ASEAN dijangka terus meningkat tahun ini apabila pelabur global bertindak menjauhi daripada pendedahan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) hari ini.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan perkembangan dasar tarif AS, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, apabila tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi perbankan terpilih melembapkan sentimen, dengan ketiadaan pemangkin domestik baharu digandingkan dengan kumpulan keluaran pendapatan korporat yang tidak memberangsangkan, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat selepas mahkamah perdagangan AS menyekat kebanyakan tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump ke atas import ke negara itu.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat semakin tipis, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi, melantun semula semula selepas dua hari mencatat penurunan berturut-turut menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di persekitaran prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan penjualan Wall Street semalaman.