16hari ago
TAIPEI, 3 Jun (Bernama) -- Schneider Electric yakin Malaysia berkeupayaan untuk menyokong pertumbuhan infrastruktur kecerdasan buatan (AI), disokong oleh ekosistem semikonduktor yang kukuh, industri pusat data yang berkembang pesat serta daya tarikan negara yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur teknologi global.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukan teratas dalam Global Islamic Economy Indicator (GIEI), berada di tempat pertama keseluruhan dan menerajui tiga daripada enam sektor iaitu makanan halal, kewangan Islam termasuk farmaseutikal serta kosmetik halal, kata firma penyelidikan DinarStandard.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Saham Petronas Dagangan Bhd (PetDag) muncul antara dua kaunter untung utama dalam dagangan awal hari ini walaupun melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- YTL Artificial Intelligence (AI) Cloud secara rasminya mencapai status NVIDIA Exemplar Cloud sekali gus menjadikannya antara penyedia infrastruktur awan pertama di Asia yang menerima pengesahan itu, meletakkannya dalam kelompok elit hiperskala global dan awan khusus kecerdasan buatan (AI).
21hari ago
PADANG BESAR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan yakin pembangunan Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) di sini akan menyumbang secara signifikan kepada sasaran perdagangan dua hala Malaysia-Thailand, yang diunjurkan mencecah US$30 bilion menjelang tahun depan.
21hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan turun naik harga tenaga, kata seorang peniaga.
22hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Lama sebelum beliau meneroka arena kulinari antarabangsa di Russia dengan membawa citarasa Malaysia kepada juri dari seluruh dunia, Wan Amirul Asyraaf Wan Rosidi terlebih dahulu menimba ilmu mengenai makanan dalam cara yang lebih mudah.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$129.73 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan pandangan positif terhadap sektor tenaga Malaysia disokong momentum peralihan tenaga negara serta rangka kerja kawal selia yang kukuh menerusi dasar utama nasional termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan pelan hala tuju di peringkat negeri.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ryt Bank telah melancarkan platform pelaburan dalam aplikasi baharu yang dinamakan, Ryt Invest, pelaburan patut syariah yang pertama kali dibawa oleh sebuah bank digital dengan caj jualan sifar peratus.
24hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh perkembangan luaran susulan laporan mengenai serangan AS dan Israel ke atas kapal Iran di Selat Hormuz yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.