2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Speed Mart) bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 turun kepada RM107.16 juta berbanding RM111.05 juta pada suku yang sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat 27.5 peratus kepada RM366 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (suku ketiga 2024) daripada RM287 juta dalam tempoh sama tahun lepas, didorong oleh pendapatan perkhidmatan yang meningkat dan pengurusan kos yang berhemat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia tumbuh sederhana kepada 2.3 peratus tahun ke tahun pada September 2024 daripada pertumbuhan 4.1 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2024, dipengaruhi pengeluaran lebih lemah dalam sektor pembuatan dan elektrik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemilik dan pengendali pusat beli-belah terbesar Malaysia, Sunway Malls mengunjurkan pertumbuhan lima peratus tahun ini, didorong oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024 dan inisiatif penambahan aset iaitu Oasis di Sunway Pyramid yang mula beroperasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2024, mencecah RM618.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mencatatkan kerugian bersih tinggi sebanyak RM246.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept,2024 berbanding kerugian bersih RM55.58 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat perlahan sebanyak 0.3 peratus kepada 115.8 pada suku ketiga 2024 berbanding 0.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024, mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024, melonjak 41.9 peratus kepada RM85.74 juta daripada RM60.41 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AirAsia X) dilaporkan membawa 1.08 juta penumpang pada suku ketiga 2024, mewakili 34 peratus peningkatan dari tahun ke tahun selain mencapai faktor muatan penumpang yang kukuh iaitu sebanyak 84 peratus, meningkat empat mata peratusan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran inflasi 2024 kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, dengan mengambil kira rasionalisasi subsidi petrol tidak dilaksanakan tahun ini.