5hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung menyeret turun Bursa Malaysia untuk ditutup rendah pada Selasa selepas kenaikan kukuh yang dicatatkan semalam.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia Johor (IMFC-J) menerima kira-kira 1,000 inkuiri dan sedang memudah cara potensi pelaburan berjumlah hampir RM73 bilion, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MBSB Investment Bank menjangkakan jualan runcit Malaysia untuk 2026 kekal berdaya tahan pada 6.0 peratus, berikutan pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan pada 2025.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Majlis Perniagaan Indonesia (IBC) dan Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC) yang baru ditubuhkan, memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama penyelidikan serta dialog dasar untuk manfaat rantau berkenaan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- UOB Malaysia melanjutkan pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM600 juta (US$150 juta) kepada RHB Banking Group.
5hari ago
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2026 antara dua hingga empat peratus berbanding sasaran sebelumnya iaitu satu hingga tiga peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia sedang berunding terma-terma yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MOU) berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mengharmonikan terma-terma berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
5hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd merekodkan keuntungan daripada operasi sebanyak RM5.6 bilion bagi tahun kewangan 2025 dan membayar dividen berjumlah RM2 bilion kepada kerajaan, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd melaporkan prestasi berdaya tahan bagi tahun berakhir 31 Dis 2025, dengan aset bersih sebanyak RM105 bilion dan mencatatkan pulangan 5.2 peratus bagi tahun kewangan 2025, disokong oleh pengurusan portfolio yang berdisiplin dan pewujudan nilai jangka panjang.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh kelemahan menyeluruh mata wang itu susulan kebimbangan terhadap pengurangan permintaan terhadap aset AS.
5hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Selasa, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street apabila minat belian kembali ke atas saham teknologi susulan jualan besar-besaran dipacu saham kecerdasan buatan (AI) minggu lepas.