BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 7-0 PDRM FC | 

Terdapat 64 berita berdasarkan kata kunci carian "iskandar puteri"

IRDA Sedia Main Peranan Penting Jayakan JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 8 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sedia memainkan peranan penting untuk menjayakan inisiatif ekonomi berimpak tinggi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). 

JS-SEZ Permulaan Transformasi Era Baharu Hubungan Ekonomi Malaysia-Singapura

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.

JS-SEZ Mampu Jadi Hab Strategik Dengan Ketersambungan Global -- MIDF Research

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd berpendapat bahawa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi hab strategik berdasarkan sambungannya ke pelabuhan Johor dan Singapura, yang menyediakan ketersambungan serantau serta global.

Perjanjian JS-SEZ Bawa Limpahan Manfaat Besar Kepada Johor - Menteri Besar

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

SFZ Forest City Tumpu Sektor Perbankan Dan Logistik - Menteri Besar

ISKANDAR PUTERI, 27 Nov (Bernama) -- Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di sini akan memfokuskan dua sektor utama iaitu perkhidmatan perbankan dan kewangan serta perkhidmatan logistik, pusat perkhidmatan global dan perkhidmatan pemindahan.

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

Paragon Globe Peroleh Hak Untuk Bangunkan Tiga Bidang Tanah, GDV Bernilai RM733.12 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Paragon Globe Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Paragon Globe Bhd (PGB) telah memperoleh hak untuk membangunkan tapak seluas 28.94 hektar di Iskandar Puteri, Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM733.12 juta.

TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya & Johor, Perkukuh Transformasi Digital Negara

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- TM Global, cabang perniagaan borong TM, akan mengembangkan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengehosan data domestik dan antarabangsa.

JS-SEZ Perkukuh Sinergi Ekonomi Malaysia-Singapura Sebagai Hab Global

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Dalam melangkah ke hadapan, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala demi meningkatkan lagi potensi pertumbuhan Malaysia dan Singapura.

Purata Sewa Malaysia Meningkat 3.9 Peratus Pada Suku Kedua 2024 - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Purata sewa di Malaysia meningkat 3.9 peratus kepada RM1,995 pada suku kedua tahun ini daripada purata pada suku pertama, dan 2.9 peratus daripada suku kedua 2023, menurut laporan Indeks Sewa Rumah IQI Malaysia bagi Suku Kedua 2024, dikeluarkan oleh Juwai IQI.

Johor Catat Pelaburan Komited RM12.93 Bilion Suku Kedua 2024

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM12.93 bilion sehingga tempoh suku kedua tahun ini, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.