Terdapat 476 berita berdasarkan kata kunci carian "menteri kewangan"

Lima Firma VC Dipilih Di Bawah EMP, RMI Jelawang Capital - Khazanah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama anak syarikatnya, Jelawang Capital (Jelawang) hari ini mengumumkan pemilihan lima firma modal teroka (VC) pertama di bawah Program Pengurus Dana Baru Muncul (EMP) dan Inisiatif Pengurus Dana Serantau (RMI) Jelawang. 

Kerajaan Lulus Insentif Cukai Modal Teroka Pacu Pelaburan Pemula Niaga - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan insentif cukai baharu bagi modal teroka (VC) yang turut merangkumi kadar cukai konsesi sebanyak lima peratus bagi tempoh sehingga 10 tahun untuk entiti dana yang layak dan melabur sekurang-kurangnya 20 peratus dalam syarikat pemula niaga tempatan.

Malaysia Meterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Dengan Switzerland, Norway, Iceland Dan Liechtenstein

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.

PM Anwar Mahu Syarikat Pelaburan Bumiputera Perkukuh Daya Saing, Jamin Pulangan Mampan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syarikat-syarikat pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan.

Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal Negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara secara konsisten dalam memastikan ekonomi lebih mampan dan keyakinan pelabur tidak terjejas.

Agenda Pembaharuan Ekonomi MADANI Buahkan Hasil - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Agenda pembaharuan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan kini telah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Instrumen Kewangan Perlu Diperkasa Untuk Pembangunan Negara - Pensyarah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Selain zakat, sistem kewangan Islam mempunyai beberapa kaedah pengumpulan harta awam untuk digunakan bagi kepentingan yang ditetapkan oleh syarak, demikian menurut seorang pensyarah sebuah universiti tempatan.

PM Anwar Seru Nilai Kemanusiaan Teras Dalam Pembangunan Ekonomi, Teknologi

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pertumbuhan ekonomi berlandaskan etika, budaya dan kemanusiaan walaupun negara sedang memanfaatkan kemajuan teknologi yang pesat.

Jangan Pandang Rendah Kepentingan JS-SEZ - PM Anwar

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai model luar biasa kerjasama rentas sempadan yang menjadi penanda aras baharu untuk perkongsian ekonomi dua hala.

Perbincangan Tarif Malaysia-AS Berlangsung Dengan Amat Baik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini mengenai rancangan tarif timbal balas Washington, telah berjalan dengan lancar.

Kehadiran, Pelaburan Syarikat Global Utama Jamin Kemampanan Tenaga Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kehadiran dan pelaburan syarikat-syarikat utama seperti syarikat minyak terkemuka Amerika Syarikat (AS) ConocoPhillips amat penting dalam menjamin kestabilan serta kemampanan tenaga negara. 

Semakan SST: Kutipan Cukai Dijangka Bertambah RM5 Bilion Pada 2025, RM10 Bilion Pada 2026

PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diunjur bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026 selepas pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.