2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan untuk satu hari lagi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah.
2hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Khamis selepas pulih daripada kerugian awal, mendorong peningkatan pada jam terakhir dagangan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penggunaan kemudahan pembayaran “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (Buy Now, Pay Later- BNPL) dalam kalangan belia Malaysia menimbulkan kebimbangan apabila golongan berumur 30 tahun ke bawah menyumbang kira-kira 40 peratus daripada semua transaksi BNPL di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas harga minyak mentah melonjak melepasi US$100, yang mendorong hasil pendek US dan dolar US menjadi lebih tinggi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pemaju hartanah Eco World Development Group Bhd (Eco World) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM156.41 juta bagi tempoh suku pertama yang berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM80.34 juta pada suku pertama tahun sebelumnya.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB), anak syarikat penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan sukuk wakalah kelestarian dengan nilai nominal RM1.5 bilion sebagai susulan kepada program sukuk wakalah.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak ekoran konflik di Asia Barat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan harga bahan api yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar syarikat penerbangan pada masa ini “tidak berdaya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melantun semula untuk ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh pemulihan harga minyak mentah di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penutupan berterusan Selat Hormuz susulan peningkatan ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyebabkan inventori minyak negara Teluk menghampiri paras kapasiti maksimum, sekali gus menimbulkan cabaran operasi besar kepada loji penapisan di rantau itu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Walaupun terdapat petunjuk terkini bahawa konflik di Asia Barat mungkin dapat dikawal, risiko terhadap bekalan minyak global masih belum diselesaikan sepenuhnya dan premium risiko geopolitik yang mempengaruhi harga minyak mentah dijangka kekal dalam tempoh terdekat, menurut MBSB Investment Bank Bhd.