8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mencatat keuntungan lebih besar pada 2025, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh, persekitaran kadar faedah yang stabil selain pendapatan bukan faedah, kata ahli ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dan interim sebanyak 1.60 sen seunit berjumlah RM4.1 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional Bhd (ASBSN) berkuat kuasa 30 Nov, 2024.
8bulan ago
SEPANG, 2 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) bersedia mencatatkan perolehan yang jauh lebih tinggi tahun depan sekali gus berada pada kedudukan kewangan yang baik, untuk disenaraikan lebih awal di Bursa Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi sedikit pada tengah hari ini berikutan kenaikan dalam saham perladangan yang membantu mengimbangi tekanan jualan dalam sektor kewangan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd akan membangunkan pusat data tambahan di Elmina Business Park selepas menandatangani perjanjian bina dan pajakan baharu dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd, dengan nilai pajakan 20 tahun sehingga RM5.6 bilion.
8bulan ago
KUCHING, 29 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyasarkan pendapatan eksport daripada industri perkayuan dan buluh di Sarawak sebanyak RM8 bilion setahun menjelang 2030, kata Pengurus Besarnya Zainal Abidin Abdullah.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih AirAsia X (AAX) Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 melonjak kepada RM121.63 juta, meningkat daripada RM5.56 juta pada suku yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) susut kepada RM130.437 juta daripada RM140.541 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd (RHB Bank) melonjak kepada RM833.19 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM649.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).