BERITA TERKINI   Bank Negara semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2025 kepada 4-4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5-5.5 peratus | Pertikaian sempadan Kemboja-Thailand: Menteri Luar ASEAN sokong usaha Pengerusi ASEAN memudah cara kedua-dua pihak untuk sambung semula dialog, hentikan pertempuran | Pertikaian sempadan: Menteri Luar ASEAN gesa gencatan senjata segera, tamatkan permusuhan dan kedua-dua pihak kembali ke meja dialog | Agong berkenan kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Wan Ahmad Farid di Istana Negara hari ini | 

Terdapat 714 berita berdasarkan kata kunci carian " stabil"

Pendigitalan Kunci Kejayaan Hotel Di Malaysia - Corus Hotel

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pendigitalan menjadi faktor penting bagi kejayaan industri pelancongan Malaysia, terutama kepada pengendali hotel yang berhasrat berkembang maju dalam pasaran yang semakin kompetitif dan dinamik.

Potensi Eksport Malaysia, Aliran Masuk FDI Dijangka Lebih Cerah Dengan Kemenangan Trump

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.

Malaysia Wajar Sedia Pelan Kontingensi Hadapi Dasar Trump 2.0 - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia wajar bertindak menyediakan pelan kontigensi atau luar jangka untuk berdepan sebarang kemungkinan perubahan dasar serta tarif bersasar Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0, kata penganalisis.

Kerjasama Antara Syarikat Percetakan Malaysia Dan Turkiye Perkukuhkan Hubungan Bilateral - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye bukan sahaja mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara, pada masa sama memperkukuhkan perkongsian kepakaran dan teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus bagi tahun itu dalam persekitaran cabaran ekonomi.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, disokong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan serantau dan prestasi ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.

FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Pembukaan Menjelang Keputusan OPR, Pilihan Raya Presiden AS

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata menjelang dua acara penting hari ini - keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Gagasan Nadi Cergas Ambil Alih Pengurusan Aset Asrama Pelajar Bernilai RM185 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Gagasan Nadi Cergas Bhd bercadang untuk mengambil alih konsesi pengurusan aset asrama pelajar bernilai RM185 juta.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai, kata seorang peniaga.

Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit terus berada di kedudukan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi pada Selasa selepas mengalami penurunan baru-baru ini, apabila pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata pakar ekonomi.

TGIF Malaysia Tidak Terjejas Dengan Penyusunan Semula TGIF Inc

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) --TGI Fridays (TGIF) Malaysia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa restoran francais tempatan itu kekal beroperasi sepenuhnya dan tidak terjejas oleh pemfailan Chapter 11 (bankrap) oleh TGIF Inc. di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.