BERITA TERKINI   Kerajaan negeri perlu patuhi ketetapan berkaitan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah - PM Anwar | 

Terdapat 1501 berita berdasarkan kata kunci carian "indonesia"

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit hari ini susut 0.01 peratus berbanding dolar AS apabila ia terus diniagakan defensif yang menyediakan sedikit sokongan teknikal terhadap unit tempatan itu.

Kerajaan Sentiasa Pastikan Sebarang Perjanjian Akan Sokong Pembaharuan Ekonomi - Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pendekatan rundingan kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai menyokong pembaharuan ekonomi negara dan strategi pertumbuhan mampan.

Unjuran Produk Getah Kekal Suram Susulan Persekitaran Yang Tidak Menguntungkan - RHB IB

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.

Haloje Delivery Akan Dilancar Di Singapura Selepas Pengembangan Ke Indonesia

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Platform penghantaran berpangkalan di Malaysia, Haloje Delivery akan memasuki pasaran Singapura bulan depan selepas pengembangannya ke Indonesia baru-baru ini, kata Pengasas dan Pengarahnya Jalluddin Abu Hassan.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) dan tidak memenuhi jangkaan bahawa AS akan mengurangkan kadar faedahnya. 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Pasaran Positif Setelah Didorong Data China

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pasaran yang semakin baik setelah didorong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar AS, disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik bagi Jun, kata penganalisis.

Ringgit Melemah Berbanding Dolar AS Berikutan Sentimen Waspada Dalam Pasaran

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menjejaki prestasi mata wang serantau apabila sentimen pasaran sangat berwaspada dalam situasi pasaran pertukaran asing yang sedang mengharungi ketidaktentuan ekonomi.

KDNK ASEAN-6 Diunjur Tumbuh 4.4 Peratus Pada 2025, 2026 – Maybank IB

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ASEAN-6 dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada 2025 dan 2026 berbanding 4.9 peratus dalam 2024, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Pengurangan OPR Boleh Tangani Isu Nisbah Khidmat Hutang Isi Rumah - GX Bank

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada 2.75 peratus daripada 3.0 peratus berpotensi mengurangkan nisbah khidmat hutang isi rumah sekali gus memberikan kelegaan dari segi pendapatan boleh guna, menurut GX Bank Bhd.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Oleh Pelan AS Kenakan Tarif Baharu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh kebimbangan mengenai pelan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif ke atas tiga rakan dagang utama mulai 1 Ogos 2025.

Urus Niaga Ringgit Rancak Terus Perkukuh Mata Wang Malaysia Pada Kedudukan Tinggi Di Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Urus niaga dalam denominasi ringgit Malaysia yang rancak akan terus mengukuhkan mata wang tempatan sebagai antara 20 mata wang utama dunia, kata seorang pegawai kanan syarikat pengurusan kekayaan.