6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyatakan sokongan penuh terhadap misi USANITA Group dalam memperkasakan usahawan wanita Malaysia untuk berkembang ke pasaran antarabangsa, terutamanya di rantau Australasia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Ketika ketegangan perdagangan global terus meningkat, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan mengakhiri rundingan empat harinya di Kuala Lumpur pada Jumaat, 11 Julai dengan kenaikan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) menjadi perbincangan utama dalam kalangan pemimpin serantau.
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangkakan menyaksikan pergerakan dalam julat lebih rendah 4.24 hingga 4.26 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh telah mendorong permintaan terhadap unit negara maju itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kemunculan lebih banyak syarikat multinasional (MNC) berpangkalan di ASEAN yang mempunyai hubungan erat dengan firma Amerika Syarikat (AS) berpotensi memainkan peranan utama dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa dan membentuk kerangka pertumbuhan serantau yang baharu.
6bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- ASEAN harus menuntut akses pasaran timbal balik daripada rakan dagangan utama seperti Kesatuan Eropah (EU) dan China terutamanya dalam sektor seperti minyak sawit, produk halal dan mineral bateri kenderaan elektrik (EV) untuk menjaga kestabilan perdagangan serantaunya dalam persekitaran peningkatan dasar perlindungan global, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh Indeks Dolar (DXY) Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dan petunjuk bercampur-campur daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS.
6bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit melantun semula untuk ditutup lebih tinggi hari ini apabila dolar AS menyusut di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas lebih banyak negara, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Malaysia perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan intra-ASEAN dan melibatkan diri dalam perkongsian pelbagai hala, kerana pendekatan ini akan mengurangkan pergantungan kepada mana-mana negara tunggal.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, dalam reaksi pasaran yang tidak sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Rabu.
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) yang terus mendominasi sentimen pasaran menyebabkan ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal berdaya saing berbanding kalangan negara anggota ASEAN meskipun berpotensi dikenakan tarif tambahan 10 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang dilihat sejajar dengan BRICS, kata MIDF Amanah Investment Bank.