9bulan ago
MELAKA, 5 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 negara kepada 4.3 peratus daripada 4.9 peratus dan kepada 4.0 peratus daripada 4.6 peratus bagi 2026.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto di pejabat beliau di Putrajaya.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran kewangan global dan ekonomi serantau yang bergantung kepada eksport termasuk Malaysia harus bersiap sedia untuk peningkatan kemeruapan susulan pengenaan tarif yang agresif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkuat kuasa 5 April dan 9 April 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Apabila pengilang Malaysia menjalani transformasi digital, melindungi operasi, data dan rantaian bekalan daripada ancaman yang semakin meningkat menjadi penting, memerlukan tindakan pantas untuk memperkukuh pertahanan keselamatan siber.
9bulan ago
SEPANG, 2 April (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha ke arah memperluas ketersambungan penerbangan ke Eropah dan Amerika, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bank-bank digital di Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menjangkau golongan B40 yang kurang mendapat perkhidmatan, terutamanya mereka yang berada di luar bandar.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Permintaan yang semakin meningkat untuk pengasuh/penjaga dan perkhidmatan penjagaan jangka panjang menekankan keperluan untuk pembiayaan penjagaan mampan dan sokongan ekonomi yang lebih baik untuk penjagaan, kata Forum Ekonomi Dunia (WEF).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- HI Mobility Bhd (HI Mobility) optimistik bahawa kontrak syarikat itu dalam initiatif Bas Muafakat Johor (BMJ) yang tamat pada akhir bulan ini akan dilanjutkan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- NEXG Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan vendor untuk mengambil alih 175 juta saham biasa yang mewakili 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG Holdings Bhd pada harga RM70 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu berhasrat mengembangkan perniagaan berkaitan tenaga boleh baharu termasuk pemasangan dan penyelenggaraan projek ladang solar dan solar atas bumbung.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025 akan menjadi platform libat urus untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan serantau dan menggalakkan kemampanan, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).