Terdapat 1299 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan"

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

AmBank Group Catat Untung Bersih RM2 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025), berbanding RM1.87 bilion pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di persekitaran prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan penjualan Wall Street semalaman.

Tarif AS : Malaysia Berpotensi Hilang Sehingga Empat Peratus Nilai Eksport Panel Solar

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia berisiko kehilangan tiga hingga empat peratus daripada nilai eksport panel solarnya jika Amerika Syarikat (AS) meneruskan rancangan mengenakan tarif import produk panel solar, kata pemerhati industri.

Pendapatan TH Plantations Meningkat 14 Peratus Kepada RM179.13 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat  pada Jumaat walaupun prestasi semalaman Wall Street suram.

ASEAN Digesa Rapatkan Jurang PMKS Bagi Rangsang Pertumbuhan

Oleh V. Sankara Subramaniam

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu memberi keutamaan teratas bagi usaha merangka strategi dan dasar untuk mengatasi cabaran yang dihadapi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut sebuah dewan perniagaan.

Konsolidasi Fiskal Malaysia Bagi Suku Pertama 2025 Kekal Di Landasan Tepat --MOF

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2025 menyusut kepada RM21.9 bilion pada suku pertama 2025 daripada RM26.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Batu Kawan Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM87.88 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd melonjak kepada RM87.88 juta untuk suku kedua berakhir pada 31 Mac 2025 berbanding hanya RM84.72 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Untung Bersih Suku Ketiga 2025 YTL Corp Susut Kepada RM419.38 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2025 menyusut kepada RM419.38 juta berbanding RM496.23 juta bagi suku yang sama tahun lepas.

Panel Pengurus Dana Luar KWSP Catat Sumbangan 24 Peratus Kepada Pendapatan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Panel pengurus dana luar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 24 peratus kepada jumlah pendapatan dana persaraan itu pada 2024.