8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Mutiara Perlis Sdn Bhd melabur RM17 juta untuk memperoleh 15 jentera pengendali kontena Kalmar bagi melengkapi Perlis Inland Port (PIP) melalui rakan kongsinya, Mach 1 Group.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Citadel Trustee Bhd menerusi unit amanah perancang kekayaan persendiriannya, Citadel Dynasty Trust (CDT), menyasarkan aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM10 bilion dalam tempoh lima tahun susulan pelancaran unit berkenaan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) yang menyatakan komitmen untuk terus melabur di Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai perjanjian pembiayaan dengan Mac World Food Industries LLC, anak syarikat Mac World Group, untuk menyokong pengembangannya ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak ASEAN akan menjadi platform untuk integrasi ekonomi serantau dan menggalakkan perdagangan melalui perjanjian yang berpotensi dengan anggaran RM300 bilion melalui pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Juwai IQI.
8bulan ago
Oleh Amanina Mohamad Yusof dan Mohd Ashraf Syafiq Mazlan
SEPANG, 22 Mei (Bernama) -- Timor-Leste menzahirkan penghargaan atas peluang bagi memperkukuh penglibatannya dalam blok serantau dengan menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan bermula Isnin ini, sebagai platform penting untuk memahami mekanisme ASEAN dan melaksanakan pelan hala tuju ke arah keanggotaan penuh.
8bulan ago
KUCHING, 21 Mei (Bernama) -- Kemudahan pelancongan di dua kawasan dilindungi yang ikonik di Sarawak iaitu Taman Negara Niah dan Taman Negara Tanjung Datu bakal berwajah baharu susulan pemeteraian perjanjian konsesi selama 20 tahun antara Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Sutera Sanctuary Lodges (SSL) hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Raffcomm Technologies Sdn Bhd (Rafftech) menyasarkan untuk meraih hasil pendapatan sebanyak RM60 juta daripada perkhidmatan portal e-Info Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjelang hujung tahun ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2025 serta Festival Kebudayaan dan Kesenian Dunia (WCAF) 2025 di sebuah hotel di Bandar Sunway, dari 22 hingga 24 Ogos ini.
8bulan ago
PELABUHAN KLANG, 20 Mei (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang merupakan zon perindustrian bebas dan komersial terkemuka di Malaysia, memperkenalkan pelan induk PKFZ 2.0 hari ini, sebuah visi baharu yang berani untuk zon pintar dan sedia masa depan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam julat RM3,750 hingga RM4,050 satu tan pada Mei sebelum kembali pulih secara beransur-ansur, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
8bulan ago
KEPALA BATAS, 17 Mei (Bernama) -- Trensor Co Ltd, pengeluar sensor tekanan terkemuka China, melabur sebanyak RM100 juta untuk membina kemudahan pembuatan pertamanya di Taman Teknologi Pulau Pinang di Bertam, di sini.