11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada Disember 2024 meningkat 1.1 peratus kepada 150.7 mata berbanding 149.1 mata dalam bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Icon Offshore Bhd menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan pengambilalihan saham tujuh syarikat bernilai RM403.5 juta serta saranan pertukaran nama kepada Lianson Fleet Group Bhd (LFG).
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah negatif hari ini disebabkan dagangan lemah yang disaksikan di seluruh papan menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina (CNY), kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) dan EDOTCO Group telah menyiapkan pemasangan 5G In-Building Solutions (IBS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) (KLIA2) untuk meningkatkan ketersambungan untuk pengembara dan pelawat.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini berikutan pelabur bersiap sedia dengan jadual dagangan singkat minggu depan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Country Annexe Sdn Bhd memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) bagi membangunkan Ipoh Sentral.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, dalam persekitaran sentimen serantau yang semakin pulih, seiring dengan prestasi positif di Wall Street.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud.