BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | 

Terdapat 7287 berita berdasarkan kata kunci carian " meningkat"

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.

Pelaburan, Eksport Kukuh Pacu Pertumbuhan Kdnk Suku Ketiga Malaysia Kepada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.

Nice Jangka Loji Larut Resap Sokor Utara Lonjak Perolehan Pada Suku Ketiga 2025

Daripada Engku Shariful Azni Tengku Ab Latif

TANAH MERAH, 15 Nov (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (Nice) berjaya mengoperasikan loji larut resap di Lombong Emas Sokor Utara di sini.

Meskipun Malaysia Pengerusi, Negara Anggota ASEAN Bekerjasama Sebagai Satu Pasukan - PM Anwar 

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Meskipun Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN dan Kaukus Majlis Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC)-ASEAN tahun depan, blok meliputi 10 negara anggota itu akan terus bekerjasama sebagai satu pasukan berlandaskan konsep pemusatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, kata penganalisis.

Anwar Gesa Kerjasama Pelbagai Pihak Agar Tiada Keciciran Dalam Era Kemajuan Digital Pesat

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti untuk memastikan tiada keciciran dalam era kemajuan digital yang pesat. 

Malaysia Dan Peru Kukuhkan Kerjasama Ekonomi Terutama Dalam Sektor Halal

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MIDF Amanah Unjur Pertumbuhan KDNK Suku Ketiga Malaysia Pada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik, kata  MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Trinity Group Lancar Trinity Sensoria, Perkenal Sistem Lima Ciri Perlindungan Bagi Kondominium

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Trinity Group Sdn Bhd melancarkan projek kediaman terbaharu, Trinity Sensoria, yang memperkenalkan sistem lima ciri perlindungan yang pertama di Malaysia bagi kondominium.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.