1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan mengatasi sasaran bagi 2024 dipacu oleh kekukuhan dasar fiskal dan komitmen berterusan terhadap pembaharuan berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di titik penentu yang kritikal, sama ada maju hadapan menuju ke arah keterjaminan dan kemakmuran pada masa depan atau ketinggalan di belakang terdedah kepada proses "kebinasaan", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Komitmen kerajaan MADANI untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara, selain terus melabur dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
JAKARTA, 4 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia diiktiraf sebagai perintis dalam membangunkan instrumen kewangan awam Islam dalam dasar fiskal, menurut Kementerian Keuangan Indonesia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Keputusan pelaburan oleh Oracle mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.