7bulan ago
MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Rusia menyatakan kesediaan dan bersetuju untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi institusi, modal insan, teknikal, komersial dan perundangan bagi pembangunan teknologi tenaga nuklear negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
7bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- MyPOWER Corporation Malaysia hari ini menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan Rosatom Energy Projects dari Rusia untuk perkongsian pengetahuan dari segi pembangunan tenaga nuklear.
7bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Perbadanan Nuklear Rusia Rosatom, Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear.
7bulan ago
Oleh Nur Atiq Maisarah Suhaimi dan Nur Elysa Amirah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae menyuarakan komitmen kukuh negara itu untuk memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia, seiring dengan kerjasama yang dijangka terus berkembang serta lebih menyeluruh.
7bulan ago
WASHINGTON, 27 Jun (Bernama-Yonhap) -- Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mungkin mempertimbangkan untuk melanjutkan penangguhan tarif timbal balik yang dijadual tamat bulan depan, menurut jurucakap Rumah Putih pada Khamis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Australia sedang mempergiatkan usaha untuk mengukuhkan penglibatan ekonominya dengan Asia Tenggara menerusi misi perdagangan dan pelaburan peringkat tertinggi, yang kini dalam lawatan ke Malaysia dan Singapura.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Derivatif Malaysia mengakhiri minggu dagangan yang singkat ini lebih tinggi berikutan kadar pengeluaran minyak sawit yang rendah daripada jangkaan dan prestasi eksport Jun yang kukuh, kata penganalisis komoditi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Tun Razak Exchange (TRX) akan menyaksikan penambahan bangunan komersial ke-10 menjelang suku kedua 2029, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam pertumbuhan hab kewangan antarabangsa Kuala Lumpur.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian perlindungan kebakaran Unique Fire Holdings Bhd bersedia meluaskan operasinya ke peringkat antarabangsa, dipacu oleh inovasi produk, usaha mendapatkan pensijilan dan meningkatkan kehadiran dalam pasaran tempatan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Trovon Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Destini Bhd, telah memeterai dua perjanjian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih komponen kereta api elektrik bagi 58 set tren yang beroperasi untuk Laluan 1 (Sungai Buloh-Kajang) Transit Aliran Massa (MRT).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih akses pasaran pilihan dan diiktiraf bagi minyak sawit lestarinya susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA) pada 23 Jun lepas.