BERITA TERKINI   Piala Malaysia : Terengganu FC 1-1 Kuala Lumpur City FC | 

Terdapat 1595 berita berdasarkan kata kunci carian " emas"

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada hari ini, disokong oleh minat belian sederhana susulan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang terbukti membantu meredakan kebimbangan berkaitan politik serantau.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat yang menyebabkan emas menjadi lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Sentimen Waspada Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, apabila para pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street.

Kerajaan Persekutan Tekad Perkasa JS-SEZ - PM Anwar

MUAR, 27 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkasa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)  dan melonjakkan pembangunan Johor sebagai pintu masuk strategik negara.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang terhad minggu depan, menjejaki emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah potensi pemuktamadan perjanjian perdagangan AS dengan negara Kesatuan Eropah (EU) dan Asia Pasifik, kata seorang penganalisis.

Ketidaktentuan Tarif Pengaruhi Bursa Malaysia Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan sentimen risiko perdagangan yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Pelabur Tumpu Hasil Rundingan Tarif AS, Dasar

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah selepas kenaikan dalam dua sesi berturut-turut ketika pelabur bertindak mengambil untung selain berpendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah rundingan berterusan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai kadar tarif 20 peratus.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini.

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Julai Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan selama dua sesi berturut-turut, sejajar dengan prestasi pasaran global yang tidak menentu