1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan menangani isu pemerdagangan sisa di peringkat serantau dan global dalam kapasitinya sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, telah memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia mendapat kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat besar dari negara teluk itu untuk menjalin kerjasama ekonomi.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.
1tahun ago
Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan kalangan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik tidak langsung Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Offshore Holdings Ltd (YPOHL) telah memperoleh pelaburan berjumlah US$1 bilion (RM4.48 bilion) daripada konsortium firma pelaburan antarabangsa untuk memacu pertumbuhan selanjutnya.
1tahun ago
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) berkemungkinan mengekalkan pendiriannya untuk tidak membiayai projek pembangunan penjanaan tenaga nuklear sambil mengkaji semula dasar tenaganya tahun ini, walaupun sumber tenaga alternatif itu semakin popular.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM105.2 juta dengan Solar Voltech Sdn Bhd, anak syarikat PDC Premier Holdings Sdn Bhd bagi membiayai projek penjanaan solar.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Malaysia berhasrat menjadikan Pakistan sebagai hab pengedaran strategik bagi eksport minyak sawit ke Asia Tengah dengan memanfaatkan lokasi strategik serta berhampiran dengan pasaran pertumbuhan tinggi yang pesat berkembang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mewujudkan subsektor "tenaga boleh baharu" (TBB) dalam klasifikasi sektor tenaga dan utiliti untuk memberikan tumpuan kepada syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi dalam ruang TBB.
1tahun ago
PETALING JAYA, 13 Jan (Bernama) -- ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) – Pasaran hartanah Malaysia dijangka berkembang pada 2025 dengan tumpuan terhadap kemampanan, inovasi dan peningkatan kesalinghubungan membabitkan wilayah penting yang dalam kedudukan tepat untuk menarik pelabur tempatan dan asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sepanjang tempoh 2024, penyedia penyelesaian tenaga bersih Gentari Sdn Bhd melakarkan kemajuan penting dalam mengembangkan dan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju tenaga boleh baharu, hidrogen dan mobiliti hijau di rantau Asia Pasifik.