8bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- U Mobile melantik CIMB sebagai koordinator pinjaman dan pengatur utama yang diberi mandat untuk memudahkan serta menguruskan pembiayaan sehingga RM4 bilion bagi menyokong pelaksanaan infrastruktur rangkaian 5G termaju di seluruh negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Master Tec Group Bhd bercadang memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas penampilan sulung syarikat itu di Pasaran ACE pada Januari 2024.
8bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran
JOHOR BAHRU, 30 Mei (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) menumpukan usaha memperkasakan usahawan bumiputera untuk mereka bersaing dalam rantaian bekalan serantau yang terhubung dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
8bulan ago
KUCHING, 30 Mei (Bernama) -- NorthBank Central, nadi komersial kepada bandar utama The NorthBank di sini hampir mencapai kadar penghunian sepenuhnya, menandakan satu pencapaian penting visi syarikat untuk membangunkan perbandaran yang bersedia untuk masa depan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Cement Industries of Malaysia Bhd (CIMA) memperuntukkan RM590,000 bagi pelaksanaan kajian untuk membangunkan penyelesaian konkrit marin mesra alam sekitar.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd berjaya meraih nilai perolehan kontrak bernilai RM1.1 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) bagi memajukan industri maritim, halal dan berfokuskan masa depan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Malaysia giat memacu kemajuan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan dan mendukung Konsensus Lima Perkara (5PC) Myanmar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran
JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) secara aktif sedang mentakrifkan semula seni bina ekonomi Johor di luar sektor tradisional dengan membentuk gelombang platform industri yang akan datang, bermula dari pembuatan termaju sehingga kepada teknologi makanan, infrastruktur digital, sistem ekonomi kitaran dan pertanian berasaskan kecerdasan buatan (AI).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) sedang membangunkan ekosistem bersepadu yang merapatkan jurang antara inovasi dan kemampanan, memperkukuh ekonomi luar bandar dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan hijau.
8bulan ago
SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- BAADER, peneraju global dalam bidang pemprosesan dan teknologi makanan, secara rasmi membuka kilang pengeluaran terbaharunya, BAADER Food Systems Asia Sdn Bhd, di sini hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao ke ibu pejabat Weststar Group mencerminkan komitmen bersama kumpulan itu dan kerajaan Timor-Leste untuk memperteguh kerjasama dua hala dalam penerbangan, perkhidmatan sokongan tenaga dan pembangunan ekonomi.