11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis, dipacu aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan harga baru-baru ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis dipengaruhi prestasi dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pertama Digital Bhd hari ini memberi jaminan kepada para pemegang sahamnya bahawa syarikat itu kekal kukuh dan berada dalam kedudukan untuk mencatat pertumbuhan walaupun harga sahamnya susut mendadak.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.
11bulan ago
KUCHING, 3 Okt (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Satok dari Gabungan Parti Sarawak Datuk Ibrahim Baki sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Oktober lepas.
11bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Cebu Pacific, syarikat penerbangan tambang rendah di Filipina mempelawa perbincangan untuk mewujudkan perniagaan penyelenggaraan komponen pesawat tempatan dalam sektor penerbangan yang semakin pesat di Asia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) kekal di tempat kedua dalam jualan automotif pada September, dengan jumlah jualan bagi domestik dan eksport sebanyak 11,269 unit, menjadikan jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 112,758 unit.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia Tenggara bagi 2024 kepada 4.2 peratus, susut daripada 4.4 peratus pada Julai, berikutan semakan semula unjuran pertumbuhan China dan Vietnam.
11bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM12.93 bilion sehingga tempoh suku kedua tahun ini, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Airbnb berharap kerajaan menyokong dan mengesahkan garis panduan penginapan sewa jangka pendek (STRA) negara serta mengiktiraf potensi ekonomi perkongsian dalam sektor hospitaliti menerusi Belanjawan 2025.