10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan meluluskan 21 projek pelaburan pusat data di bawah insentif galakan Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) dengan nilai pelaburan berjumlah RM113.8 bilion sejak 2021 hingga 2024.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- VentureTech Sdn Bhd telah mengumumkan pelaburan strategik dalam Pomen Autodata Sdn Bhd untuk memacu transformasi digital dalam penyelenggaraan armada dan pengurusan tenaga kerja.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec), melalui anak syarikatnya Awantec Systems Sdn Bhd melancarkan Program Latihan AI Gemini untuk melengkapkan ahli profesional dan perniagaan dengan kemahiran produktiviti yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan di tempat kerja.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pemimpin industri menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2025 yang disifatkan sebagai pendekatan seimbang dalam mengukuhkan keselamatan sosial sambil memastikan kemampanan perniagaan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) jatuh kepada 103.419 mata daripada 103.900 mata sebelum ini.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenaikan 25 peratus dalam kadar pemberian mengikut bilangan orang kepada kerajaan negeri, berjumlah RM548 juta berkuat kuasa 2026, merupakan langkah signifikan untuk menyokong belanjawan negeri.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga saham Kerjaya Prospek Group Bhd susut pada sesi dagangan awal hari ini walaupun anak syarikat milik penuhnya telah memperoleh kontrak kedua tahun ini.
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kebimbangan berterusan terhadap perang dagang, sementara tekanan deflasi di China semakin memberi kesan kepada mata wang Asia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu.
10bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, meneruskan momentum positifnya, didorong oleh jangkaan yang meningkat mengenai penurunan Kadar Dana Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan kemerosotan Indeks Dolar AS (DXY).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Minat Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi terhadap AirAsia menunjukkan keyakinan terhadap prospek kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu, dengan penganalisis penerbangan mengunjurkan pertumbuhan besar sekiranya pelaburan ini diteruskan.