8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2025 berbanding jangkaan 4.8 peratus dan 5.3 peratus pada 2024, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit dalam dagangan berhati-hati menjelang pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, kata penganalisis.
8bulan ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
DUBAI, 17 Okt (Bernama) -- Penglibatan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global dan Expand North Star (ENS) 2024 di Dubai telah menghasilkan peluang eksport lebih RM360 juta, iaitu lonjakan yang luar biasa sebanyak 10 peratus daripada yang dicapai pada acara yang sama tahun lepas.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT) semalaman.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama yang lain hari ini, dipacu oleh sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan Jumaat ini, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi lemah yang dialami pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global dalam tempoh semalaman dengan penjualan besar-besaran saham teknologi, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Prinsip Bank Negara Malaysia (BNM) masih kekal pada masa ini dalam menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan terus didorong oleh prospek pertumbuhan serta inflasi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah dan jangkaan berterusan terhadap pengurangan lebih kecil bagi kadar faedah AS.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, menjejaki momentum menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sektor perindustrian Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan pada separuh kedua 2024, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan beransur-ansur dalam pasaran global, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).